Teknik marketing guna FBBOT
Pengenalan
Walaupun ada yang dah tahu trick dan teknik marketing jenis ini tapi kebanyakkan peniaga online/offline yang baru masuk dalam bidang perniagaan TIDAK tahu macam mana nak tarik lebih ramai customer, nak jual kepada beribu orang, tak tahu nak target customer dan sebagainya. Dalam tutorial ni Admin akan ajar korang macam mana nak mudahkan urusan perniagaan korang menggunakan FBBOT. Admin akan guna bahasa yang mudah dan santai saja supaya korang senang nak faham.
FBBOT yang kita akan guna dalam tutorial ni adalah ManyChat
ManyChat ni kita boleh buat macam-macam sama ada kita nak guna platform ni untuk promote barang/service, promote Youtube channel atau apa saja lah yang korang nak promote.
Ada 3 jenis marketing tools yang kita boleh guna dalam platform ManyChat ni antaranya adalah
1. Messenger Marketing
2. Email Marketing
3. SMS Marketing
Macam mana platform ni berfungsi?
Kita boleh guna platform ni untuk buat broadcast 1 iklan kepada beribu customer dalam tempoh masa tertentu secara automatic!
Macam mana jalan kerja marketing jenis ni?
Admin akan simplekan jalan kerjanya supaya korang senang nak faham dan dapat gambaran yang jelas mengenai system marketing jenis ni
1. Kumpul audience list (1 hingga 1,000,000 orang/customer/client korang)
2. Broadcast 1 iklan kepada audience list korang
3. Bersedia untuk menjual sebab orang ramai akan respond kepada product/service yang korang broadcast tadi.
TAPI yang atas tu adalah BASIC untuk menggambarkan kepada korang macam mana jalan kerja marketing jenis macam ni. Setiap basic yang Admin perkenalkan kepada korang ada pecahan dan detail lagi.
Untuk tutorial pertama ni Admin ajar cara nak setup akaun Manychat dan link dengan FB PAGE dulu.
NOTE : Kalau belum ada Facebook Page, pastikan korang buat Facebook page dulu sebab kita kena guna facebook page
1. First buka dan daftar akaun Manychat, klik je banner yang Admin sediakan di bawah ni
2. Klik get started free
klik Sign in Facebook
klik sini untuk SAMBUNGKAN Page korang dengan akaun Manychat
3. Klik Connect untuk activekan page korang dengan Manychat
4. Follow ja gais
Setakat ini kalau korang sangkut dekat mana-mana boleh tanya Admin.
Pada tutorial akan datang kita akan belajar cara nak buat GROWTH TOOLS dan AUTOMATION iaitu macam mana kita nak kumpul audience ke dalam audience list!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------