Channel Youtube 12 Juta Subscriber , kena BANNED!


Channel Youtube yang mempunyai Subscribers 12 Juta, di BANNED oleh Google!

Nak dapat 1k subscriber pun susah macam-macam pengorbanan kena buat dari segi masa, modal advertisement dan sebagainya. Ini pula sudah berada di atas dengan subscriber 12 juta lebih tiba-tiba dibanned oleh Google, pedih kot!

Channel tersebut adalah Calon Sarjana dari Indonesia yang dibanned oleh Google atas beberapa sebab. Channel ni banyak mengupload video-video berunsurkan informasi. Tapi kenapa Google tak banned je video-video mereka sebelum ni, kenapa sekarang baru banned? Jawapannya adalah perubahan atau penambahbaikkan Policy Google itu sendiri.

Tahun ni, Google lebih ketatkan lagi Policy mereka dari segi KUALITI memandangkan terlalu ramai orang monetize menggunakan platform Google, bukan setakat Youtube saja malah platform-platform lain seperti Blogger, Google Play Console(Google Playstore), Google Admob,Google Adsense dan sebagainya turut mengalami perubahan penambahbaikkan Policy(lebih ketat lagi). Tujuannya adalah untuk menapis KUALITI CONTENT daripada Publisher sama ada content video,article,function applikasi dan sebagainya.





Sebab PUBLISHER(Kita yang nak buat duit dengan Google) sama ada publisher Youtube,Blogger,Mobile App/Game/Website dan sebagainya TERLALU ramai dan content biasanya sering di COPY/PASTE saja dari publisher lain ke publisher lain. Kesannya adalah kepada KUALITI CONTENT dan TIDAK ADA ORIGINALITY. Siapa yang rugi dan siapa yang untung? Yang untung mestilah kita sebagai publisher tapi yang rugi adalah PENGIKLAN dan Publisher Original.

1. Pengiklan

Google bayar kepada kita sebagai Publisher untuk paparkan iklan-iklan Google Adsense, iklan-iklan dari Google Adsense ni pulak adalah iklan yang di bayar oleh PENGIKLAN kepada Google. Jadi, bila Pengiklan bayar kepada Google tapi sasaran tidak menepati target yang di tetapkan dalam Google Ads, ia akan merugikan Pengiklan sebab sales akan jahanam. Oleh itu bagi menjaga customer Google(Pengiklan), Google perketatkan atau perkemaskan perundangan di platform-platform diorang macma Youtube,Blogger,Website,Mobile App/Game supaya target atau matlamat iklan yang pengiklan nak tu tercapai. Kebanyakkan content-content yang di Copy/Paste tidak akan menepati target setting ads yang diingini sebagai contoh video umum atau yang kelakar, audience yang tonton video macam tu interest diorang pelbagai ada suka sukan,masak,mancing dan sebagainya. Then iklan yang keluar adalah iklan Nike. Jadi daripada audience ni tadi mungkin 20% atau 30% saja yang ada interest terhadap iklan Nike memandangkan itu adalah iklan tentang sukan.

Berbeza dengan content video sukan contoh video Skill Cristiano Ronaldo, jadi audience yang datang tonton video ni hampir 99% minat ke arah sukan, then bila iklan Nike keluar pasti dapat menarik lebih hampir ke semua penonton yang mempunyai interest terhadap sukan. Sebab tu video yang ada related dengan iklan dibayar lebih mahal berbanding dengan video umum.

Jadi kalau pengiklan sering keluar duit untuk paparkan iklan kepada content-content video yang takda kena mengena dengan apa yang diiklankan dan iklan ni pula sering berputar-putar ke content yang sama memandangkan ramai yang suka buat content COPY/PASTE, ia akan merugikan Pengiklan dan Pengiklan pasti akan cari Ads Network yang lain selain daripada Google Ads. Contoh pesaing paling dekat adalah Facebook Ads lah. So bagi menjaga kualiti service Google Ads tu sendiri, jalannya adalah dengan perketatkan undang-undang lah.


2. Publisher Original 

Yang kedua rugi adalah Publisher Original! Publisher Original ni adalah anda yang susah-susah habiskan masa,modal dan tenaga nak shooting video,edit video lepas tu tiba-tiba orang lain curi content anda dan upload ke channel mereka untuk tingkatkan viewers. Sebab tu channel yang curi content video daripada anda ini, dikira sebagai "channel sampah" dan sampah ini yang Google nak bersihkan sebenarnya. Google nak CONTENT yang original daripada channel anda, jangan rembat content orang lain demi keselamatan Account anda juga.



Kalau sebelum ni Google hanya reject atau terminate CONTENT saja, kecuali kalau ada kes berat baru diorang TERMINATE account anda terus. Tapi sekarang, kalau ada masalah dekat CONTENT, diorang akan direct TERMINATE Account anda terus. Jadi, income anda daripada Google Adsense akan hangus sama sekali. Pernah ada publisher ni dia buat Social Media app, income dia
US$ 120,000(RM 487,860.00) dengan Google Admob, disebabkan berlaku perubahan Policy Google, jadi bila app ni tidak menepai piawai Policy baru diorang, diorang terminate account terus. Jadi duit US$ 120,000 habis hangus! Pedih kan. Walaupun guna content sendiri pun still kena terminate. Lebih menyakitkan hati bila dia terminate, then dia tak bagitau part mana yang melanggar piawai policy diorang dan diorang suruh kita baca sendiri policy diorang yang berjela panjangnya. Membaca tu bagus silakan membaca hahaha.


Macam channel ni ada 12 juta subscriber tapi kena banned dengan Google. Punca sebabnya adalah diorang ni ambik content daripada video lain,edit,cantum-cantum semua lepas tu jadi 1 video. Memang lah ada yang kata kalau ambik video orang lain yang berdurasi pendek macam 10 sec ke apa tetap dikira jugak. Selain tu yang menyebabkan channel ni jahanam adalah orang ramai REPORT channel ini mungkin COPY/PASTE content atau content video diorang ada menyingung mana-mana sensitiviti pihak lain. Jadi itu boleh jadi sebab kenapa channel ini di Banned.

Memang betul dalam banyak-banyak Ads Network yang paling terbaik adalah Google Admob/Adsenselah sebab bayarannya mahal, cepat bayar,cepat update TAPI rulesnya sangat KETAT! Google ni kerap Update Policy, jadi kalau anda tak ikuti perkembangan policy Google memang JEM lah!

Kalau account kena terminate boleh ka sent REQUEST FORM/Surat Rayuan? Boleh TAPI buang masa sebab yang review dan yang akan reply form anda adalah ROBOT bukan Manusia.

Lepas tu kalau buka akaun baru boleh ke? Boleh TAPI Google akan terminate lagi sebab dikira sebagai Multiple Account. Terpaksa guna gmail baru, account baru,no account bank yang baru dan sebagainya. Kalau guna yang sama, Google boleh trace dan account korang tetap takkan lepas untuk monetize!

Jadi apa yang harus anda buat sebagai Publisher Youtube?

1. Pastikan video anda original

2. Jangan guna sub to sub method sebab yang ni pun Google akan terminate nanti. Trust me

3. Be natural dan rajin promote video dengan channel anda

4. Jangan nak cepat-cepat nak naik,semua benda kena develop dengan usaha dan seiring dengan masa

5. Jangan SPAM comment di Youtube

6. Jangan gunakan PERKATAAN YANG BERULANG-ULANG pada description video anda di Youtube mungkin korang nak guna teknik SEO tapi itu boleh jadi punca channel korang kena banned jugak.

7. Thumbnail jangan merapu sangat, kadang thumbnail lain, video takda kena mengena. Sebab ini boleh buat orang marah dan kemungkinan akaun korang kena report!






Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja