Tutorial 2 LazDrop Asia (Droship Lazada) : Teknik Marketing Basic


Hai selamat datang, admin akan kongsikan kepada korang cara untuk tingkatkan sale sekaligus meningkatkan komisyen korang.

Ada 3 element yang berkait rapat dalam program ni, antaranya

1. Audience/Orang ramai
2. Sale (jangan risau yang ni korang tak terlibat pun)
3. Komisyen (yang ni korang punya)

Ok sebelum tu ketahui basic tentang program ni. Program ni adalah salah satu strategy marketing Lazada untuk tingkatkan diorang punya sales lah senang cita. Diorang bukan saja-saja buat bagi duit dekat orang saja tanpa ada keuntungan bagi diorang. Bila diorang guna teknik marketing dropship macam ni, publisher(korang) akan share link-link produk yang directly daripada store Lazada, dengan ini orang ramai akan bertambah untuk shopping di Lazada atau lebih dikenali traffic. Apa guna Lazada buat teruk semata-mata nak tingkatkan traffic ni? Bila traffic tinggi, peniaga-peniaga akan lebih berminat untuk berjual di store Lazada. See... bijak tak strategy diorang. Diorang takkan bayar kita free-free kepada kita tanpa buat apa-apa. Diorang mintak kita sebagai publisher, buat link produk dan sebarkan, then kalau ada orang barang daripada link kita, kita akan dapat komisyen daripada Lazada.

Benda ni benda baru ke? Benda ni sebenarnya dah lama. Kalau di negara-negara barat diorang pun ada program macam ni, diorang guna Amazon, Alibaba, Shopify dan ecommerce yang lain. Kita dekat asia tenggara ni kita guna Lazada,Shoppee,Zalora,Blibli(indonesia) dan e commerce yang lain. Tapi kami lebih berminat dengan Lazada sebab diorang ni efficient dan komisyen rate pun tinggi berbanding ecommerce yang lain tambahan pula Lazada ni diorang rajin buat iklan dekat website,youtube dan sebagainya.

Macam mana business ni berfungsi? 


Ada yang dah tahu dan ada yang belum tahu. Takpe saya ringkaskan dengan padat je bahagian ni sebelum kita pergi ke part yang penting iaitu marketing teknik.

1. First kita kena buat link produk yang ada di store Lazada
2. Publish link-link yang kita buat tadi ke media social
3. Bila orang ramai klik dan beli barang daripada link kita
4. 7 hari selepas customer beli barang daripada link, kredit komisyen ke akaun kita akan proses
5. Kita dapat komisyen

Minimum pengeluaran daripada akaun Lazada ke akaun Bank adalah RM 80/USD20.

Kalau yang belum daftar, boleh daftar sekarang di sini  :


OK JOM MULA BELAJAR UNTUK TINGKATKAN TRAFFIC,SALE DAN KOMISYEN
Ketiga-tiga element ni adalah berkait rapat, dimana kalau traffic naik, sale naik dan komisyen pun naik. Sebaliknya kalau traffic kurang, sale kurang dan komisyen pun akan kurang. Jadi apa key utama dekat sini? Ofcourse TRAFFIC!

Traffic tu apa? JALAN JEM KE? 

Maksud traffic dekat sini adalah bilangan jumlah pengunjung ke platform kita. Platform macam facebook profile/page,blogger,Youtube channer dan website. Orang-orang yang ramai-ramai follow,subscribe atau like page kita apa semua tu adalah TRAFFIC.

So first step apa yang korang perlu buat adalah bina PLATFORM!


1. Platform korang boleh pilih yang mana yang korang rasa selesa dan boleh tarik lebih ramai orang. Kalau kebiasaan kita hari-hari guna facebook jadi admin syorkan buat Facebook page lah. Atau nak ikut cara admin pun boleh guna blog dan link dengan facebook page sekali gus pun ok jugak sebenarnya.

Katakanlah korang decide untuk bina platform Facebook Page.

Buat Facebook page letaklah nama Page yang orang senang nak ingat macam Mak Marah Jual Mahal, Senang Shop, Kedai EZ dan sebagainya pandai-pandai korang lah yang tu. Kalau boleh page korang tu biarlah kena pada tema. Jangan pulak nanti korang buat page tentang politik tiba-tiba jual produk kucing. Bila dah siap facebook page, sekarang masanya untuk bagitau semua orang yang korang ada buka page baru. Macam kita jual nasi lemak tepi jalan tapi tak letak banner, tak bagitau orang yang kita berniaga jadi siapa nak tahu ya dak.


Step pertama lepas korang selesai buat page, korang kena invite kenalan korang dulu di Facebook. Takpe pelahan-pelahan, part ni belum masuk part nak tarik Traffic ke page korang lagi, ni adalah BASIC! Dan siap korang dah ada platform korang sendiri.

NAIKKAN TRAFFIC DI FACEBOOK PAGE KORANG!


Ada beberapa tips yang korang boleh praktikkan untuk tarik lebih ramai pengunjung ke Facebook Page korang.

1. Nama facebook page hendaklah unik dan senang orang ingat

2. Guna graphic yang simple tapi orang senang ingat

3. Sentiaasa post content-content yang positive sama ada content tu kelakar,sedih dan sebagainya. Elakkan post content-content yang negative seperti fahaman politik, lucah dan sebagainya. Content-content macam ni akan buat orang ramai semakin berpaling daripada page korang.

4. Kalau korang rembat content daripada page atau blog lain, pastikan korang letak CREDIT pada bahagian bawah post korang daripada sumber mana korang ambik walaupun daripada facebook profile orang lain.

5. Jangan terlalu banyak sangat post tentang link produk setiap hari 24 jam. Amalkan post link produk secara berkala. Which mean dalam sehari tu, post 4 content untuk tarik orang dan 2 link produk. Biar berkala sebab secara psychologynya orang akan menyampah kalau tengok iklan produk je memanjang diorang akan walk away lah daripada platform korang jadi hati-hati.

6. Tekankan content more kepada hiburan,kelakar,tutorial dan pendidikan.

Tips-tips ini mampu menarik lebih ramai pengunjung ke platform korang. Semakin tinggi pengunjung(TRAFFIC) di page korang, semakin tinggi sale dan semakin tinggi komisyen korang akan dapat.


InsyaAllah Admi akan update dari semasa ke semasa di blog ini bagi membantu korang especially yang baru join program dropship Lazada ni untuk mudahkan korang dapat sale dan komisyen.







Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)